Our Proposal

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

HEALTH EDUCATION, DEVELOPING NATIONS
Anjuran :
Program Seni Komunikasi Visual
Jabatan Seni
Fakulti Seni & Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan

Kerjasama :
Menteri Kesihatan Malaysia
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
YB Datuk Rosnah Shirlin Bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin
Ketua Pengarah Kesihatan
Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Merican
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Canselor UPSI
Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob

Penajaan/ Sokongan :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

1.0 Pengenalan

Health Education,Developing Nation merupakan kempen kesihatan yang menampilkan karya akhir pelajar jurusan Pendidikan Seni Komunikasi Visual (Viscomm) semester akhir untuk pameran Degree Show 2010. Kempen ini akan memperlihatkan projek penghasilan dan penjanaan idea-idea kreatif pelajar bagi mengupas beberapa isu berkenaan kesihatan.

Kempen bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancang dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapat sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dan lain-lain).

Tujuan Health Education,Developing Nation ini dijalankan adalah sebagai satu strategi komunikasi yang berkesan untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat secara umumnya dan pelajar sekolah khasnya untuk pendedahan diperingkat awal mengenai beberapa penyakit dan gejala berbahaya yang kian membelenggu seperti Kempen Merokok, AIDS, Barah Payudara, Talasemia, Diabetis, Tibi, Denggi, Obesiti, Pediatrik dan Influenza H1N1.

Strategi komunikasi penting bagi memastikan masyarakat terkesan dan memberi impak yang mendalam dengan input yang disampaikan melalui kempen ini. Penggunaan metafora yang berbeza dan lebih kreatif serta anti klise diterapkan dalam menghasilkan projek untuk kempen ini berbanding kempen-kempen yang telah dijalankan sebelum ini di mana kurang mendapat sambutan.

Karya yang akan dihasilkan bukan sahaja merangkumi media cetak (poster, suratkhabar, papan iklan dan lain-lain) sahaja malah juga membabitkan pembikinan beberapa buah iklan komersial sebagai medium hebahan dimedia elektronik yang mana lebih mudah difahami dan salah satu komunikasi yang paling berkesan.

Kempen kesihatan yang dicadangkan merangkumi beberapa kanser serviks, kanser payudara dan semua jenis kanser, H1N1, demam denggi/JE, rokok, obesiti, pediatrik, talasemia, diabetis dan sebagainya.

Kempen ini akan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan kementerian kesihatan ini sendiri kerana membantu menyalurkan maklumat yang penting berkenaan penyakit dan gelaja berbahaya ini selain menjadikan masyarakat lebih peka dan sensitif mengenai kesihatan.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

·
Memberi kesedaran terhadap aspek kesihatan di kalangan masyarakat
· Memupuk kepentingan aspek kesihatan diri setiap masyarakat di Malaysia
· Melahirkan generasi 1 Malaysia yang mementingkan aspek fizikal dan mental.
· Menyumbang dan berkongsi kepakaran intelek dari aspek rekabentuk grafik dan periklanan dalam bentuk kempen sekaligus bekerjasama dengan sekolah.
· Usaha mendedahkan mahasiswa kepada ruang lingkup kerjaya yang sebenar.
· Memberi keyakinan serta memantapkan lagi jati diri mahasiswa melalui komen-komen
yang membina daripada para panel penilai, tetamu kehormat dan juga pengunjung
pameran.

Jawatankuasa Induk Program

Penaung
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

Penasihat
Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor UPSI

Penasihat Bersama
Pengawai Daerah Batang Padang
Dato’ Hj Md. Damiri Bin Hj Md. Sairi

Jawatankuasa Kecil Program

Pengerusi
Dekan
Fakulti Seni & Muzik, UPSI

Koordinator
Ketua Jabatan Seni
Fakulti Seni & Muzik, UPSI

Perhubungan Awam
Bahagian Hal-Ehwal Korporat Dan Antarabangsa UPSI

Pembangunan Galeri Pameran
Kurator Galeri Seni
Fakulti Seni & Muzik, UPSI

Dokumentasi / Siaraya / Multimedia
Pusat Teknologi Pendidikan & Multimedia UPSI
Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi UPSI

Pensyarah Pembimbing
En. Ahmad Anis Mohd Fauzi
Pn.Mila Salima Halimi
En. Nur Azlan Haji Zainuddin
Cik Nur Syuhada Mat Sin

Panel Penilai Karya Pelajar
Dr. Mohd Fauzi Sedon @ M. Dom
En. Abu Bakar Sabran
En. Roskang Jailani
En. Abdul Razak Abdul Jabbar
En. Abdul Aziz Zalay @ Zali
En. Amir Hashim
En. Mohamad Hassan (FTMK)
En. Hafizul Fahri (FTMK)

Pengarah Projek
Nurul Syamil Mohd Yusoff

Penolong Pengarah
Nurjazmine Syahnaz Ghazalee

Kurator Pameran
Nurjazmine Syahnaz Ghazalee

Setiausaha Pameran
Nurulsigim Abduwahab

Bendahari & Penajaan Pameran
Arina Suriani Abu Shahrin

AJK Protokol / Perhubungan Awam
Norhafizah Abd.Wahab

AJK Jamuan
Nor Baizura Zamlee

AJK Cenderamata
Rozita Abdul Rahman

AJK Peralatan dan Teknikal
Mohamad Nazmi Daud

AJK Publisiti dan Promosi
Nur Hamidah Abdullah

AJK Pengangkutan & Keselamatan
Faatimatul Kaamilah Esmail

0 comments:

Post a Comment